Seorang
anak lelaki bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis wahai
ibu?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan
oleh ayahnya.
Anak lelaki itu pun lalu membesar menjadi seorang lelaki dewasa,Dia tetap ingin
tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita
begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan . Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang
seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan
penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh . Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap
sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya
dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang2 menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
TAHUKAH ANDA??
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh
yang ditampilkannya, atau bagaimana dia menyisir rambut."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya tempat dimana cinta itu ada."
hidup penuh warna umpama pelangi... Luahan perasaan.. Olahan jiwa... Variasi kisah... Epilog cinta...
Friday, October 14, 2011
Saturday, August 13, 2011
Maksud Surah Al-Fatiha (The Opening)
1 Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2 Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian
alam.
3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
4 Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari akhirat).
5 Engkaulah sahaja (Ya
Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan.
6 Tunjukilah kami jalan yang
lurus.
7 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Wednesday, July 27, 2011
Sesungguhnya Mati Itu Pasti Wahai Saudaraku..
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata:
"Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur." Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali.
Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi:
"Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?"
Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit,
dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya."
Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?"Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya"
Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata."
Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."
SELAMAT HARI LAHIR...
SELAMAT HARI LAHIR...
SELAMAT HARI LAHIR, AIN.... (HEHE)
SELAMAT HARI LAHIR....
sesungguhnya, setiap hari kita semakin menghampiri mati...
Tuesday, May 17, 2011
kisah husband n wife :D
Sepasang
kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual
mesra...
Makwe: bang, andaikata saya menjadi
bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg
jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah
tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu...
kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap
madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu
pandai berkata-kata
Setelah
puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk
bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh
tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu
rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu...
.buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)...
sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma
luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau
orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang
telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu
pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahunkemudian, si isteri
teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anakmereka bersiar-siar di
tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat
nie?
Suami: Masakan
abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada
Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie...
dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman
ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang
mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok
rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik
do... .
Selepas
puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2
si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu
jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto
ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
>_<......tamat....
Friday, May 13, 2011
_jgnLah kecewaKan oRg yg meNcinTai kaMu_
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu
memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada
kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau
kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu
apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin
kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu
tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan
kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS
seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’,
dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara
yang berbeza,bukan “aku CINTA
padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak
mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri
sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati
setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri
lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di
hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari
lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu
apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin
sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau
menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia
akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan
SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu
barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya
barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya
saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada
dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah
lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan
persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada
kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar
‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti
saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan
hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan
kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan
kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang
merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun
ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta
maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu
maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia
begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu
akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya
atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan
kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin
memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah
mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah
memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia
berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Saturday, May 7, 2011
surat dari anak mak yg dah tak nakal....
Mak... Terlalu bosan
rasanya duduk membilang hari... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru
semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih..."
Mak tau tak... itu lah
pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... dan itu
juga terakhir kalinya Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... nak
tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu... Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... Akak kata
sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan... Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio
kecil di sebelah mak... Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio
tu siaran siam ... Kengkadang siaran indonesia ...Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan...
Pastu mak sapu sampah
sekeliling rumah bersih-bersih... Pastu mak jemur karpet-karpet. .. Pastu mak
ubahkan sofa ke tempat lain..Mak biarkan ruang tu kosong.. Rupanya kat situ
jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak
bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. Ada kat dalam almari... Ada
kat dalam dalam beg... Ada dalam ASB... Ada kat dalam Tabung Haji.. Mak cakap
tak berapa cukup lagi... Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan
takk..?? Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...Kiter
kata mak ni memang pesenn lama laaa... Mak cuma gelak jer... Eeemmm..bahagiaa
nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu
18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut... Bila malam tu kiter
sampai dari KL...Mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah
pujuk... Mak tetap takmau pi hospital... Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja
yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... Tapi kiter
berkeras juga pujuk.. Nanti di hospital ada doktor...Ada ubat untuk mak.. Kat
rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak
bersetuju...Mak memang degil.. Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai
mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... Mak sakit perut
sampai nak sentuh perut mak pon sakitKami adik beradik sepakat hantar juga mak
ke hospital...
Mak... Ampunkan kami
semua... Kami nak mak sehat... Kami sayang mak... Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang
bawa mak ke hospital Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta
kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya makKiter kata nak beli
kereta... Mak asyik tanya ajer..Cukup ker duit.. Kiter jawab pula...Kalau tak
cukup, mak kan banyak duit... Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta
kiter sampai...Mak buat kenduri kesyukuran... Dan kiter masih ingat lagi...Bila
kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor... Punya la kiter takut...Kiter
warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak... Bila balik sahaja
kampong...Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj... Tapi mak perasan juga
bumper depan kemek...Mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar
pokok bunga...
Mak...Tujuan kiter menipu
tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau
hal sebenar... Mak, kiter menipu mak kan ...Ampon kan kiter...
Mak... Jam 4.30 pa gi 19
Ogos 2006 Bila tiba aja kat hospital... Nurse tengah balut mak dengan kain
putih... Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak
nampak abang cium dahi mak... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... Mesti
mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... Mesti mak nampak semua tu
kann... kann... kannn...
Mak tau tak... Pagi tu
balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam
kepala ini... Jalan di depan terasa makin kelam... Airmata dah tak mampu di
tahan... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun
alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... Di sebab kan pagi masih awal, jadi
jalan tu lenggang..Kosong...sekosong hati ini... Sepanjang perjalanan terasa
kedinginan subuh itu lain benar suasananya... Terasa syahdu dan
sayu...dinginnnn...
Mak... Kiter masih ingat
lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di
mandi kan ... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... Mak mesti rasa betapa
lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... Kiter gosok kaki mak perlahan
lahan... Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak
tu pujuk kiter... Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak
jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... Lagi
laaaa... laju airmata ni..Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak... Sampai takat ini
surat ni kiter tulis... kiter nangis ni... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00
pagi... Takder orang yang bangun lagi... Kiter dengar nasyid tajuk "anak
soleh" kiter sedih...Kiter rindu kat mak..! Takpa la...Nanti bila kita
selesai sembanyang subuh, Kiter baca yassin untuk mak... Mak tunggu ya..!
Mak.. Sebelum muka mak di
tutup buat selamanya... Semua anak-anak mak mengelilingi mak...Menatap wajah
mak buat kali terakhir... Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja... Mak
rasa tak...Masa tu kiter sentuh dahi mak... Kiter rasa sejukkkk sangat dahi
makk... Kiter tak mampu nak cium mak...Kiter tak daya... Kiter tuliskan kalimah
tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan... Mak
mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... Tapi kite
suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak
diusung keluar dari rumah... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... Badan
akak terasa panas... Makk...Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...Cuma akak
sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui
tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...Boleh kata setiap
malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu
tahap...Masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan
kawan-kawan... Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak
pastu apa lagi...Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...Tangisan tak dapat
dibendung...
Mak tauu...Kiter cuba
bertahan... Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon
mak... Nak cakap dengan mak... Anak mak yang ni dah tak betul kan ...???? Dan
akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan
kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata...
"tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak
juga nangis...
Mak tau tak..Di saat itu
kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... Sampai sekarang
bila kerinduan itu menjelma...Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak... Cukup la sampai
sini dulu... Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu... Kejap lagi kami nak pergi
solat subuh kat masjid... Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... Esok kiter ingat nak tulis surat
kat ayah pula... Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...Pastu
kawan kiter bgtau...Simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kKiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter
dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak I LOVE YOU SO MUCH Dan jutaan terima
kasih kerana membesarkan kiter... Memberi seluruh kasih sayang dari kecil
sampai masuk sekolah.. Sampai masuk universiti.. Sampai kiter boleh rase naik
kapal terbang... Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini
jasa mak tak akan mampu kiter balas..
_credit to my bestfriend, Eida_
Subscribe to:
Posts (Atom)