1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu
memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada
kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau
kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu
apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin
kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu
tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan
kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS
seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’,
dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara
yang berbeza,bukan “aku CINTA
padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak
mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri
sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati
setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri
lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di
hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari
lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu
apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin
sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau
menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia
akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan
SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu
barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya
barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya
saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada
dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah
lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan
persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada
kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar
‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti
saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan
hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan
kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan
kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang
merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun
ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta
maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu
maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia
begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu
akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya
atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan
kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin
memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah
mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah
memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia
berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
No comments:
Post a Comment