Friday, March 4, 2011

PELIK TAK KITA??

  • Sedikit orang respons e-mel yang mengajak berfikir, tapi ramai respons e-mel jenaka, resipi, ‘chit-chat’ kosong dan bertelagah pendapat.
  • Ramai orang suka ke taman rekreasi berbanding dengan orang yang pergi menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.
  •   Duit RM50 begitu besar apa bila dibawa ke tabung masjid, tetapi begitu kecil apabila kita bawa ke pasaraya.
  • 30 minit terlalu lama untuk berfikir tetapi betapa pendeknya untuk bercerita komedi.
  •  Betapa lamanya 1 jam berada di masjid tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu menonton wayang di panggung.
  •  Dengar iklan jualan murah dalamTV, tak sabar-sabar nak pergi membeli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar siaran lain.
  • Pasar malam jauh sanggup naik kereta tapi masjid dekat rumah rasa berat kaki pulak.
  • Rasa susah sungguh nak habiskan senaskah Al-Quran walaupun satu halaman tetapi majalah hiburan atau novel lebih-lebih lagi yang ‘best-seller’ 100 halaman pun habis dibaca.
  • Ramai orang berebut untuk cari tempat duduk hadapan apabila menonton bola sepak tetapi mencari saf paling belakang untuk solat supaya boleh cepat keluar.
  • Susahnya orang mengajak berdakwah tapi hanya mudahnya orang menyebarkan gossip.
  • PELIK TAK KITA???
-          Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment